Resepi Jus Epal Dan Peria Katak Untuk Kencing Manis

Bagi mereka yang nak cuba rawatan tradisi sebagai alternatif kepada ubat hospital. Boleh cuba guna peria katak. Peria katak ni pahit, tapi tersangat bagus dan terbukti untuk kencing manis.

Tak ramai sanggup telan ni tapi demi kesihatan kenelah gagahkan juga. Betul tak ? Ok takpe , kami ada 2 resepi. 1 memang pure jus peria katak, satu lagi kami campurkan dengan jus epal. Haa sedap tu.

Resepi Jus Peria Katak

 

Bahan-bahan:
3-4 biji peria saiz sederhana
1L air masak
Blender

Cara-cara:
Potong peria kecil.
Masukkan ke pengisar dengan 1 liter air.
Blend sehingga hanncurr.
Selepas tu tapis

Anda boleh terus minum.
Yang lebih tu simpan dalam peti sejuk
Minum 3 kali sehari sebelum sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam (untuk kencing manis / diabetes).

Resipi Jus Epal Peria Katak

Bahan-bahan:
- 1/2 biji peria
- Bersihkan dan buang biji
- Potong kecil-kecil 2 biji epal hijau - buang biji dan potong kecil-kecil
- 300 ml air masak

Cara-cara:
1. Campurkan peria, epal hijau dan air masak ke dalam pengisar.
2. Blend sehingga sebati.
3. Tapis bahan-bahan kisar
4. Tuangkan jus ke dalam gelas.
5. Bersedia untuk berkhidmat.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *